Pengenalan Program Komuniti eKelas Pi Bukit Tandak bersama MAXIS, Komuniti, Pelajar dan Guru

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Bukit Tandak membawakan ekelas secara eksklusif dari Maxis dimana pada tahun ini ekelas telah dibuka untuk pelajar darjah 6 sehingga tingkatan 5. Ekelas menumpukan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan percuma kepada semua pelajar darjah 6 hingga tingkatan 5 secara percuma.

Pelajar yang mendaftar akan mengikuti sesi Live Tutorial. Sesi ini adalah satu bentuk sidang video di mana cikgu akan mengajar melalui skrin dan boleh berinteraksi dengan pelajar di Pusat Internet Bukit Tandak secara dua hala. Pelajar juga akan didaftarkan dengan Portal ekelas dimana portal ini mengandungi nota-nota padat, kertas-kertas soalan, forum perbincangan, learning port, serta ruangan blog kepada pelajar. Portal ini juga boleh diakses menggunakan komputer ataupun telefon bimbit.

Di daerah Rantau Panjang, hanya Pusat Internet Bukit Tandak yang membawakan program ekelas. Ini kerana Pusat Internet Bukit Tandak adalah satu-satunya Pusat Internet di bawah kelolaan Maxis dalam daerah Rantau Panjang dan Pasir Mas. Pusat Internet Bukit Tandak juga sedang giat untuk mempromosikan ekelas di sekolah-sekolah sekitar Rantau Panjang bagi mendapatkan lebih penyertaan dari pelajar-pelajar disamping memberikan Taklimat Advokasi (kesedaran dalam penggunaan Internet serta media sosial). Antara sekolah yang telah kami promosikan ekelas ialah Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau dan Sekolah Menengah Baroh Pial.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ekelas, bolehlah berkunjung ke laman web http://bukittandak.pi1mmaxis.my/ bagi mendapatkan butiran mengenai staf dan Pusat Internet Bukit Tandak dengan lebih lanjut.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas